Wednesday, September 3, 2008

Aku di sini...

Alhamdulillah.. hari ni adalah hari ke2 aku kat opis KISS ( Korea Sports Science Institute ) ni. Semalam first day, aku datang dari asrama aku kat Hyehwa ke sini lebih kurang 1 jam 45 minit. Aku dah ok naik subway, sengal-sengal aku pun sampai jugak kat KISS ni. Aku kuar umah pukul 7.45am, pastu kena tukar line subway pulak, kalo tak tukar, alamatnya aku round2 situ ke ler.. aku kena tukar subway 2 kali pastu naik bas. Aku ikut je peta yang supervisor aku bagi masa first day kat sini. Aku wait bas agak lama la jugak, tak ada langsung no bas yang aku nak naik, last-last aku decide naik teksi. Dalam teksi aku kuarkan alamat pada surat invitation aku tu supaya 'ajesshi' (pakcik) tu boleh la tau tempatnya sebab dia tak bleh langsung cakap English, puas aku kuarkan satu-satu perkataan siap isyarat lagi, pun hampeh. Nak kata English aku slang Jawa, tak jugak rasanya.. dan akhirnya aku cakap je la Korea satu-satu. Sebab aku pun susah nak cakap landmark yang aku ingat. Nasib baik aku teringat sesuatu..'ke KISS ae so, Seoul yoja taehakgeao ae kakawayo'(KISS ni dekat dengan Seoul Women University). Ha... barula 'ajessi' tu angguk-angguk senyum, kalo tak muka dia stress je.. hehehehe..

Salam Ramathan


Hari ni dah hari ke 3 aku puasa.. Alhamdulillah aku puasa kat sini ok je. Yelah.. first time kat tempat orang. Tapi sebenarnya tak best pun.huhuuhu.. sebab aku sorang2 je. kalo ada kawan ok skit kot.. first day puasa hari tu aku berkesempatan ke Masjid Seoul, kat area situ lah baru jumpa ramai Muslim. Ramai tak ramai pun bukan semuanya orang Korea. campur - campur sebab kat situ memang kawasan tourist. Nasibku baik, aku jumpa ramai la jugak student Malaysia yang lain. Ok latu tak la sorang2.
Aku sebenarnya kalo diingat-ingat lebih best puasa kat Malaysia..yela, dapat makan apa-apa yang nak dimakan tolak batu kayu and ehem2 (yang haram la tu). Kat sini aku asyik pilih-pilih jer apa yang nak dimakan. stressssss...
Tapi tak pe, baru bermula semuanya..hehehe..

Monday, August 25, 2008

Farewell Party

Sebentar tadi saya telah diraikan oleh Ketua Bahagian dan staf Bahagian Sains Sukan dan Kejurulatihan MSN Selangor. Sayu rasanya apabila menerima ucapan tahniah dan kata-kata galakan dan dorongan dari kawan-kawan sekerja yang lain.

Esok adalah hari terakhir saya berada di Malaysia. Selepas itu saya akan memulakan kehidupan baru di bumi Winter Sonata. Selamat Tinggal Malaysia... [tapi untuk sementara waktu jer...]